Keropok
Kerepek
Tanpa berlengah, saya terus bertanyakan kepada seorang rakan yang boleh dipercayai tentang perbezaan antara keropok dan kerepek. Rakan mengatakan bahawa kerepek merupakan makanan yang dibuat daripada buah-buahan seperti pisang, ubi, keladi, sukun dan sebagainya. Manakala keropok pula dibuat daripada haiwan seperti ikan dan udang. Untuk mendapatkan kepastian lanjut, saya terus mencari perbezaan ini di laman internet. Menerusi maklumat daripada blog yang saya jumpa, terdapat juga perbezaan tentang cara penghasilan keropok dan kerepek ini. Keropok dihasilkan dengan menambahkan tepung manakala kerepek pula terus digoreng setelah dihiris nipis-nipis. Jika difikirkan sedalam-dalamnya, perbezaan yang diberikan dapat diterima dengan logik akal.
Sedang asyik mencari maklumat tentang perbezaan antara keropok dengan kerepek, saya menjumpai animasi lucu ini menerusi blog.
ULASAN:
Perbezaan antara keropok dan kerepek jika dilihat dari segi ejaan memang terdapat perbezaan antara penggunaan huruf vokalnya. Walau bagaimanapun, perbezaan inilah yang menjadikan seseorang itu mencari dan terus mencari maklumat untuk mendapatkan jawapan yang bukan sahaja tepat, malah boleh diterima oleh logik akal.
Terima kasih atas maklumat. Kebetulan secara tiba2 saya terfikir ttg perbezaan antara kedua2nya...terus google...dan dapat jawapan...sadis, dah bertahun2 makan keropok/kerepek...
ReplyDeletePendapat ke-2 tu betol. Keropok kalau dicampur dengan tepung. Saya pemborong kerepek dan keropok. Jika ada masa lawat website saya www.rksnack.com
ReplyDeleteTetiba anak aku yg darjah 4 bertanyakan soalan yg sama...Gulp..terus aku google..nasib baik dpt jawapan yg logik ni..hahaha..tq nurzieazie..
ReplyDelete