Ketika
duduk bersantai sambil menghirup air Milo kegemaran, teringat aku akan
peristiwa semasa berada di alam persekolahan. Peristiwa ini mula berlaku ketika
aku berada di sebuah sekolah menengah yang aku anggap banyak menyimpan memori
suka, duka, tangis dan tawa antara aku dan rakan-rakan. Aku bukanlah tipikal
gadis yang suka memberontak di usia remaja, aku juga boleh dianggap seperti
gadis pemalu, namun di dalam hatinya menyimpan pelbagai rasa. Namun, ketika rakan-rakan
seusiaku yang lain sibuk memikirkan perihal teman lelaki yang berperangai
begitu, berperangai begini, aku sedikit pun tidak mengendahkan hal-hal yang
begitu kerana aku berfikiran usiaku masih muda, mengapa perlu memikirkan
tentang orang lain yang tidak penting? Ketika ini aku hanya memikirkan tentang
persahabatan. Oleh sebab itulah, ada rakan-rakan lelaki yang melabel aku sebagai
perempuan yang sombong. Mungkin dengan adanya seorang ibu yang kuanggap garang,
seorang ayah yang tegas tidak memungkinkan aku untuk bermain dengan cinta di
awal usia remajaku. Oh! sebenarnya bukan tentang cinta yang ingin aku kongsikan
di sini.
Seperti biasa seseorang yang bergelar pelajar sememangnya tidak akan terlepas dari menduduki pelbagai jenis ujian dan peperiksaan. Walhal sebagai manusia pun kita sering diberi ujian oleh Allah S.W.T bagi menguji tahap keimanan hamba-hambaNya. Di sini aku ingin berkongsi pengalamanku ketika menduduki peperiksaan (bukan peperiksaan awam). Aku hairan melihat rakan-rakanku ada yang menulis nota ringkas dan padat, tetapi tulisannya kelihatan terlalu kecil. Aku fikirkan dengan adanya nota sebegitu mudahlah untuk dibawa ke mana-mana. Rupa-rupanya tekaan silap apabila ada beberapa orang rakan sekelasku membawa nota tersebut bersama-sama ketika peperiksaan dijalankan.

Tiba-tiba
sedang asyik seorang daripada rakan sekelasku mengintai-intai nota yang
diselitkan di belakang kertas soalan, seorang guru datang menghampiri lalu
memarahinya. Antara dialog yang kuingat hingga kini ialah :
Cikgu
Siva : Kenapa awak meniru?!
Zulkifli : Err..saya..saya..
Cikgu Siva : Oleh sebab ini kali pertama saya nampak awak
meniru semasa peperiksaan, saya maafkan. Selepas ini kalau saya jumpa lagi awak
meniru, saya tidak teragak-agak untuk menghalau awak dari kelas saya. Awak kena
sedar, awak berada di kelas yang pertama dan tidak sepatutnya awak bersikap
seperti ini.
Moral daripada cerita :
Sebagai seorang pelajar, kita seharusnya belajar bersungguh-sungguh dan yakin dengan kemampuan diri sendiri. Tiada gunanya jika kita dilabel sebagai orang yang pandai dan terpelajar, tetapi meniru dalam peperiksaan dan tidak yakin akan kemampuan diri. Selain itu, sebagai orang yang beragama Islam, kita seharusnya berserah pada Allah S.W.T setelah pelbagai usaha dilakukan.
No comments:
Post a Comment