Malaysia merupakan sebuah negara majmuk. Kaum terbesar iaitu kaum Melayu, kedua kaum Cina dan ketiga kaum India. Kemajmukan ini menimbulkan pelbagai bahasa dan tulisan. Warna-warni kehidupan rakyat Malaysia membuatkan negara ini sentiasa aman dan harmoni.
Jika kita lihat, kaum Cina menguasai ekonomi negara ini. Kita boleh lihat di kawasan yang membangun pasti kedai kaum Cina tumbuh bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Mereka bijak mengatur perniagaan kerana mempunyai persatuan yang kuat. Dapat kita bandingkan penguasaan mereka dengan melihat papan tanda yang terletak di hadapan kedai. Banyak papan tanda yang tertera tulisan bahasa Cina daripada tulisan bahasa Melayu dan India. Produk-produk yang dihasilkan juga banyak yang menggunakan tulisan Cina.
Masalah kita sebagai orang Melayu iaitu menyebut setiap perkataan Cina yang ditulis menggunakan tulisan romen. Sebutan yang kita sebut kadangkala tidak betul sehinggakan maksudnya tidak ada. Sebagai contoh "Yik Mun". Orang kita sering menyebutnya seperti itu tetapi yang sebenarnya cara sebutan yang betul ialah "Yik Man". Makanan pula seperti "Kue tiaw". Sebutan sebenarnya iaitu "Kue Tioo".
ULASAN:
Kita perlu bertanya sebutan yang sebenar daripada kaumnya agar sebutan yang kita ucapkan betul dan memberi makna yang tepat. Kadangkala sebutan yang tidak betul boleh menyebabkan maksud menjadi lain dan boleh membuatkan penutur aslinya berasa kurang senang.

No comments:
Post a Comment